CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 27, 2008

Dadah Dan Buddhisme



Masalah penyalahgunaan dadah merupakan masalah sedunia yang begitu rumit; yang mana sehingga ke hari ini masih belum dapat dibanteras sepenuhnya. Antara negara pengeluar dadah terbesar di dunia iaitu kawasan Segitiga Emas yang mungkin lebih sesuai dipanggil “Segitiga Maut” dan juga Amerika Selatan masih dalam kancah pergolakan untuk menghapuskannya.

Bekalan dadah di seluruh dunia adalah lebih besar daripada permintaannya. Walaupun pemusnahan dan perampasan secara besar-besaran dilakukan, tetapi ianya masih tidak memberi kesan kepada kuantiti atau jumlah yang diperlukan. Bekalan yang berlebihan ini menambahkan lagi masalah penyalahgunaan dadah di negara-negara pengeluar, dan membuatkan dadah boleh dibeli dengan lebih murah di negara-negara pengguna.

Agama Buddha menegah penganut-penganutnya daripada mengambil sesuatu yang boleh memabuk atau mengkhayalkan; yang boleh membawa kepada ketagihan, kecuali untuk tujuan-tujuan perubatan. Sejak 2,500 tahun dahulu lagi Buddha telah menegaskan perkara ini melalui Pancasila yang ke-5, iaitu ayat yang berbunyi;

" Sura-meraya-majja-pamadatthana-veramani sikkhapadam samadiyami "

yanq bermaksud:

" Aku berikrar akan melatih diri menghindari minuman keras dan benda-benda yang mengkhayalkan."

Pengambilan sesuatu yang memabukkan dan mengkhayalkan seperti dadah dan alkohol ini dilarang oleh Buddha, kerana pengambilannya hanya sekadar memberi kegembiraan yang palsu buat seketika sahaja kepada seseorang itu. Seseorang akan kehilangan pertimbangan diri dan bertindak di luar kesedarannya. Pengambilan dadah atau alkohol juga seringkali menyebabkan berlakunya perpecahan keluarga, penyeksaan ke atas anak dan isteri, merogol dan lain-lain perbuatan yang tergolong dalam keruntuhan moral serta menunjukkan sikap kejahilan dalam beragama. Penagih-penagih dadah adalah sampah kepada masyarakat. Pada hari ini kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina pusat pemulihan dadah, sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk projek-projek lain yang lebih bermanfaat.

0 comments: